Oleh DIANA ABD WAHAB
PUNCAK ALAM, 2 DIS: Kutipan zakat negeri sebelum diaudit kini mencecah hampir RM750 juta setakat November lalu, kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata jumlah itu melepasi kutipan berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Kita harap dengan peningkatan komitmen serta kesedaran pembayar lama dan baru menunaikan tanggungjawab, LZS sasarkan jumlah kutipan lebih dari tahun lepas,” katanya.
LSZ yakin sasaran itu mampu dicapai pada hujung Disember ini menerusi sumbangan pembayar zakat bagi meningkatkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.
LSZ sudah membelanjakan kira-kira 70 peratus daripada jumlah kutipan manakala baki diperuntukkan untuk golongan yang belum memohon bantuan daripada agensi berkenaan.