Logo Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
PBTSELANGOR

MPKS sedia acara menarik dalam hari tanpa kenderaan Sabtu ini

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 6 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menganjurkan pelbagai acara menarik sempena program Hari Tanpa Kenderaan pada Sabtu ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan majlis pelancaran Zon Bandar Rendah Karbon Kuala Selangor turut dijalankan dalam program berlangsung di Dataran Melawati bermula 7.30 pagi itu.

“Acara lain adalah seperti santai basikal, senamrobik, larian malam, hijaukan bumi kita, pertandingan pakaian tradisional tercantik dan pertandingan mewarna.

“Persembahan Malam Kebudayaan dan kesenian MPKS juga diadakan dengan menampilkan artis undangan Syura Badron,” katanya menerusi Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi Azuan (019-2138091), Ali (017-2909138) atau Rosli (011-21307785).


Pengarang :