Eksekutif Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan (kiri) menyantuni mangsa kebakaran di Jalan Tanjung Api-Api, Seksyen 30, Shah Alam pada 5 Disember 2022. Foto Facebook Yide
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Yide hulur bantuan kecemasan ringan beban mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 6 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran di Jalan Tanjung Api-Api, Seksyen 30 di sini semalam.

Sumbangan berbentuk wang tunai RM500 dan Pek Kasih Yide yang terdiri daripada barangan keperluan asas diberi bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

“Terima kasih kepada orang ramai yang terus membantu Yide dalam menyalurkan infaq dan Yide akan terus menyalurkan sumbangan anda kepada golongan sasar.

“Yide mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyalurkan infaq bagi membantu mangsa yang ditimpa musibah atau bencana melalui http://yide.com.my/donation/infaq-dana-musibah/,” kata agensi itu di Facebook.

Menurut Yide kejadian jam 7.45 pagi pada 2 Disember lalu mengakibatkan 70 peratus rumah mangsa hangus terbakar dengan punca masih dalan siasatan.

“Isteri mangsa melecur di bahagian kedua tangan ketika cuba menyelamatkan diri.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan dan kini dalam keadaan stabil,” tambah agensi itu.


Pengarang :