AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 22 JAN:  Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tujuh daerah di Selangor sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terbabit ialah di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

MetMalaysia meramalkan cuaca sama di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :