Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik peluncuran buku Membangun Malaysia Madani selepas menyampaikan amanat di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 19 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Enam tonggak terangkum dalam kerangka dasar bangun Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak.

Pengumuman itu dibuat dalam amanat bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut adalah enam tonggak Madani:

keMampanan
KesejAhteraan
Daya cipta
hormAt
keyakiNan
Ihsan

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara, tetapi turut menyentuh mengenai pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan meliputi ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar. – BERNAMA


Pengarang :