Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
SHAH ALAM, 4 JAN: Masalah longgokan sampah di Jalan Batu 7 Sempadan, Sijangkang, Kuala Langat dibersihkan KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini.
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan sebanyak 13 tong Roll On Roll Off (RORO) dan dua jentera digunakan semasa kerja pembersihan.
“Pagi tadi, operasi pembersihan tempat pembuangan sampah Jalan Batu 7 Sempadan, Kampung Sijangkang telah dilaksanakan oleh KDEBWM,” katanya menerusi Facebook.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/01/bersih-sampah03-500x375.jpg)
Turut hadir dalam operasi berkenaan iaitu Ahli Majlis MPKL Rogayah Ibrahim, Ketua Kampung Sijangkang Sohaini @ Mohd Suhaimi Md Kamel dan Eksekutif Operasi KDEBWM Kuala Langat Mohd Hafizh Mahzan.
Pihak berkuasa tempatan itu memohon kerjasama penduduk sekitar untuk bersama menjaga kebersihan dan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Kesihatan dan Persekitaran MPKL melalui talian 012-300 4847.