Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat empat daerah Selangor, KL hingga 7 malam

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 FEB: Empat daerah di Selangor dan Kuala Lumpur diramal ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan empat daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Beberapa daerah di Perak iaitu Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Sarawak (Sri Aman, Betong dan Sarikei) juga diramal mengalami cuaca sama.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :