Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Ng Sze Han bergambar bersama wakil surau dan masjid dalam majlis ramah mesra dan sembang santai di Restoran Qasih Balqis Ampang pada 19 Mac 2023. Foto PKM DUN Teratai
ADNSELANGOR

27 surau, sebuah masjid di DUN Teratai terima sumbangan RM30,000 imarah Ramadan

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 MAC: Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan RM30,000 kepada 27 surau dan sebuah masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tertai bagi mengimarahkan Ramadan ini.

Penolong Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teratai Mohd Firdaus Babh berkata sumbangan disampaikan dalam majlis ramah mesra dan sembang santai di Restoran Qasih Balqis Ampang pada 19 Mac lalu.

“Sumbangan RM1,000 diserahkan kepada setiap surau sementara RM3,000 untuk masjid itu disampaikan oleh Penyelaras DUN Teratai Ng Sze Han.

“Sumbangan itu untuk membantu program mengimarahkan surau dan masjid pada bulan Ramadan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Firdaus memberitahu dalam majlis itu Sze Han turut menawarkan beberapa tarikh kepada surau dan masjid untuk mengadakan program jualan murah.

“Beliau turut menggalakkan pihak surau dan masjid agar sentiasa berhubung dengan pejabat penyelaras bagi mendapatkan manfaat yang disediakan Kerajaan Negeri,” katanya.


Pengarang :