ADN Pandamaran, Leong Tuck Chee bercakap kepada Media Selangor ketika program Selvax Remaja DUN Pandamaran di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 31 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Pandamaran perkenal dapur usahawan digital, tingkat ekonomi keluarga susah

SHAH ALAM, 29 MAC: Keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran berpeluang menjana pendapatan menerusi program dapur usahawan digital.

Wakil rakyatnya Tony Leong Tuck Chee berkata program dengan kerjasama Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) turut membantu individu hilang pekerjaan.

“Inisiatif dengan kerjasama Hijrah berkonsep pemberian bantuan kelengkapan bahan mentah, kelas masakan dan kaedah menggunakan aplikasi penghantaran makanan.

“Kerajaan Negeri sudah sediakan platform ini (aplikasi penghantaran makanan), selebihnya kita bantu sediakan bahan mentah, mereka hanya masak di rumah dan penghantar makanan akan ambil pesanan untuk hantar kepada pelanggan,” kata ketika dihubungi.

ADN Pandamaran Tony Leong Tuck Chee (duduk tiga dari kanan) bersama ketua-ketua kampung selepas taklimat program Usahawan Dapur Digital di pejabat pusat khidmat masyarakat DUN Pandamaran pada 9 Mac 2023. Foto Facebook Tony Leong

Tuck Chee memohon ketua kampung untuk segera mengenal pasti keluarga yang layak bagi memastikan sasaran 500 individu menyertai program yang julung kali dianjurkan itu tercapai.

“Baru-baru ini saya sudah memanggil semua ketua kampung sebab kita mahu ketua kampung terlebih dahulu memahami konsep yang ingin dilaksanakan.

“Selepas itu mereka boleh cari mana-mana keluarga susah yang layak untuk program ini. Kita rancang program ini bermula dalam tempoh terdekat,” katanya.


Pengarang :