Antara barangan keperluan asas dalam Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang untuk mangsa banjir di Johor yang dihantar di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (Zon Selatan), Muar pada 4 Mac 2023. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor hantar pelbagai barangan keperluan asas untuk bantu mangsa bah di Johor

SHAH ALAM, 4 MAC: Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang menghantar pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, kit kebersihan, pakaian dan lampin pakai buang untuk mangsa banjir di Johor hari ini.

Barangan keperluan itu terus dihantar ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana (Zon Selatan), Muar bagi memudahkan urusan penghantaran untuk mangsa banjir.

Misi yang diketuai Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Muhammad Hanafi Ahmad turut disertai pelbagai agensi lain seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, sukarelawan Team Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beras antara barangan keperluan asas yang dihantar dalam Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang untuk mangsa banjir di Johor pada 4 Mac 2023. Foto Ihsan Unit Pengurusan Bencana Negeri

Selain itu turut serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) selain UPBN.

Menurut kenyataan UPBN, sebanyak 1,000 makanan dan 1,000 kit kebersihan diserahkan termasuk 418 bakul makanan, 200 kampit beras lima kilogram, lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak, selipar, pakaian dewasa dan kanak-kanak, air mineral serta pelbagai lagi.

Rombongan yang bertolak jam 12.45 tengah hari itu tiba di Muar pada jam 2.30 petang dan disambut petugas JKM Johor, diketuai Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Muar Khairu Asri Ismail.


Pasukan Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang dianggotai 53 orang membawa pelbagai barangan keperluan asas untuk mangsa banjir di Johor pada 4 Mac 2023. Foto Ihsan Unit Pengurusan Bencana Negeri

“Misi itu disertai 53 anggota membabitkan empat lori, sebuah van dan 11 kenderaan pacuan empat roda.

“Operasi pemunggahan bermula pada jam 2.45 petang dan selesai pada jam 3.30 petang sebelum semua agensi bersurai dan bertolak pulang ke destinasi masing-masing pada jam 3.45 petang,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasukan sukarelawan termasuk Sukarelawan Selangor (Serve) digerakkan ke penempatan banjir di Johor bagi membantu kerja pembersihan dan pemulihan kawasan.


Pasukan Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang dianggotai 53 orang bergambar kenangan ketika menyertai misi berkenaan pada 4 Mac 2023. Foto Ihsan Unit Pengurusan Bencana Negeri

Beliau yang akan turut serta dalam Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang pusingan kedua itu dijangka selepas banjir surut berkata Selangor bersedia menghantar bantuan bot dan aset lain jika perlu.

Amirudin berkata Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang peringkat pertama yang bergerak ke Johor hari ini menghantar barangan keperluan asas kerana keperluan mendesak ketika ini.


Pengarang :