Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi amanat kepada penjawat awam sempena Tahun Baharu 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada 24 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Siaran langsung amanat MB dipancar di SelangorTV esok

SHAH ALAM, 30 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan amanat penting dalam program berbuka puasa Rapat Rahmah Ramadan bersama penjawat awam pada 31 Mac.

Beliau juga akan berbuka puasa bersama kakitangan awam dalam majlis khas ini sempena sambutan Ramadan di bangunan pentadbiran negeri bermula jam 5.30 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan EXCO dijadual hadir dalam program tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti perjalanan program berkenaan yang dipancar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.


Pengarang :