Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Januari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sistem pentadbiran tanah secara elektronik tingkat kecekapan, integriti

SHAH ALAM, 7 MAC: Sistem e-Tanah Selangor yang dibangunkan untuk meningkatkan kualiti, kecekapan pentadbiran dijangka mula digunakan selewat-lewatnya pada Ogos atau September tahun ini.

Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Dr Yusri Zakariah berkata sistem berkenaan merupakan platform elektronik ke arah pemodenan pentadbiran dan pengurusan pejabat tanah.

“Pembangunan sistem e-Tanah ini sedang dibuat oleh pihak kontraktor yang dilantik kerajaan persekutuan jadi pada tahun ini peringkat terakhir dari segi pengujian sistem tersebut dan dari segi pelaksanaan samada hujung tahun ini sama ada Ogos atau September.

“Ini merupakan tarikh jangkaan sebab apapun kita perlu mendapat kelulusan dari menteri terlebih dahulu,” katanya ketika sidang media selepas Sesi Townhall Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama Penolong Pegawai Tanah Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Sistem e-Tanah merupakan salah satu projek e-Kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dibangunkan bagi tujuan menuju ke arah pemodenan pentadbiran dan pengurusan pejabat tanah.

Pelaksanaan sistem e-Tanah juga untuk menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri berdasarkan perundangan yang berkuat kuasa, selain mengurangkan kerenah birokrasi dan mempertingkat ketelusan serta integriti dalam pentadbiran tanah.


Pengarang :