Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima baucar pada program Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Sri Ternak, Gombak pada 16 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor tambah baik inisiatif sedia ada untuk membantu rakyat

Shah Alam, 7 MAC: Kerajaan Negeri sentiasa melakukan penambahbaikan inisiatif sedia ada supaya ia selari dengan perkembangan semasa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara yang dilakukan negeri itu ialah tambah baik Baucar Jom Shopping yang bertujuan membantu rakyat Selangor membeli barangan keperluan menjelang perayaan.

“Setiap tahun, rakyat Selangor yang memerlukan diberi bantuan Baucar Jom Shopping menjelang perayaan utama.

“Baucar ini bertujuan membeli barangan keperluan supaya kemeriahan perayaan dapat dirasai bersama,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata tahun ini, nilai baucar telah ditingkatkan dari RM100 ke RM200 dan had pendapatan seisi keluarga permohonan juga dinaikkan dari RM2,000 ke RM3,000.

“Semoga usaha ini dapat membawa manfaat kepada rakyat Selangor. InsyaAllah,” katanya.


Pengarang :