Borhan Aman Shah
AGENDANASIONAL

Agih 4,000 bakul makanan ke 56 DUN, bantu promosi produk IKS

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebanyak 4,000 bakul makanan mengandungi produk usahawan industri kecil sederhana (IKS) diagih ke semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal Ramadan.

EXCO kampung tradisi berkata inisiatif sebagai langkah meringankan beban penduduk terutama golongan kurang mampu dalam menyediakan kelengkapan berpuasa selain mempromosikan produk IKS.

“Bantuan ini diadakan tiap tahun dan selalunya kita serah kepada ketua kampung. Kali ini kita beri kebebasan kepada wakil rakyat untuk pilih penerima yang layak.

“Sebab itu agihan bermula awal puasa. Setakat ini kita dimaklumkan pengusaha IKS sudah mendapat tempahan dari kalangan penerima bakul makanan,” kata Borhan Aman Shah kepada SelangorKini.

Menurut beliau, bakul makanan itu diisi produk IKS seperti sambal pecal, kopi dan acar buah.


Pengarang :