Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pada malam 22 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Aliran trafik pada malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 10 malam ini walaupun terdapat sedikit pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), ketika dihubungi, berkata trafik lancar dari Kuala Lumpur menuju ke Tol Gombak berbanding di sebelah petang tadi yang berlaku kesesakan.

“Trafik juga lancar di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 di kedua-dua arah,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala utara dari Tapah ke Gua Tempurung berlaku kesesakan susulan ia merupakan kawasan mendaki.

“Terdapat satu kemalangan berlaku di kilometer (KM) 123.7 arah utara dari Sungai Dua ke Bertam dengan kesesakan kira-kira enam kilometer,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA


Pengarang :