AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Kuala Langat, Sepang hingga 6 petang

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 27 APRIL: Dua daerah di Selangor iaitu Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya diramal berlaku ribut petir serta hujan lebat hingga 6 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan seluruh Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor juga diramal mengalami cuaca sama.

Turut dijangka mengalami cuaca sama ialah beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :