Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (baris kedua, tengah) menyampaikan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid, surau dan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pada 6 April 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Bukit Melawati belanja RM45,000 semarak aktiviti Ramadan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati memperuntuk RM45,000 kepada masjid, surau dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata lapan masjid menerima RM2,000 manakala 18 surau dan 11 MPKK masing-masing menerima RM1,000 bagi menyemarak aktiviti Ramadan.

“Majlis penyampaian sumbangan Ihya’ Ramadan merupakan majlis tahunan yang saya adakan bersempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak.

“Bagi tahun ini Pejabat ADN Bukit Melawati bekerjasama dengan pengurusan Masjid Jamek Sultan Ibrahim dalam menjayakan program,” katanya di Facebook.

Juwairiya juga berkata majlis berbuka puasa turut diadakan bersama penduduk kampung selain menunaikan solat Maghrib berjemaah.


Pengarang :