Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin (tiga, kanan) menyampaikan baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri di Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang pada 1 April 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

DUN Permatang agih 450 baucar beli-belah Aidilfitri bernilai RM90,000

SHAH ALAM, 2 APRIL : Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang memperuntuk RM90,000 bagi pemberian baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri kepada 450 penerima, semalam.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata penerima boleh membeli-belah baucar bernilai RM200 itu di Pasaraya  Fresh BestMart Tanjong Karang.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan lain, Rozana berkata sebanyak RM10,000 diperuntuk pihaknya bagi menganjurkan pelbagai program dan sumbangan sepanjang Ramadan ini.

“Daripada jumlah itu kita ada agihan kepada masjid dan surau termasuk mengedarkan kurma, memasak serta mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar,” katanya.

Orang ramai mengambil mengambil baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri di Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang pada 1 April 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu merupakan bantuan yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu  Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :