Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ujian pengukur tahap keimanan hamba-Nya (VIDEO)

SHAH ALAM, 2 APRIL: Setiap mukmin diuji Allah SWT terutama dalam menjalani kehidupan seharian seperti mana berlaku kepada umat terdahulu.

Menghuraikan ayat 2 dan 3 Surah Ankabut yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata ayat itu turut membawa maksud ujian itu boleh berlaku di mana-mana saja.

Ustaz Don Daniyal berkata ayat itu juga menghuraikan mengenai ujian yang diturunkan kepada umat manusia itu Allah SWT mengkehendaki siapa yang dimaksudkan.

“Ujian ini Allah SWT beritahu kita, dari segi kehidupan atau di mana saja kita berada ujian akan berlaku.

“Ayat ini juga boleh dikaitkan dengan Surah Ali Imran dan Surah At-Taubah. Ia memberi jawapan…dalam firman Allah SWT, Allah SWT bagi tahu siapa yang Allah nak (diuji), iaitu org yang ada semangat, jahadu,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Don Daniyal berkata jahadu terbahagi kepada tiga iaitu ijtihad, jihad dan mujahadah.

“Ijtihad ini ialah nak berjaya kena sungguh-sungguh termasuk menentukan perancangan seperti mana Dato’ Seri nak menentukan Selangor kena ada perancangan, buat kena sungguh-sungguh baru boleh berjaya dengan ujian tadi.

“Yang kedua, jihad….luaran, sungguh-sungguh kita buat perancangan dan ketiga mujahadah, paling susah…nak tinggal jahat mujahadah dan nak buat baik pun kena mujahadah.

“Tetapi siapa yang ada ketiga-tiganya…Insyaallah dia boleh berjaya dengan ujian yang Allah bagi (turunkan),” katanya.

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Sementara itu Amirudin menyatakan ujian datang dalam pelbagai bentuk sama ada kesenangan atau kesusahan.

“Kadang-kadang orang ingat ujian ini susah saja, ternyata pengalaman saya dalam kehidupan yang dalam keadaan agak senang ini juga satu ujian besar, mujahadah yang ustaz sebut tadi meninggalkan satu perkara yang berat terutama bila peluang ada depan mata,” katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta
Episod dua – bersyukur bukti keimanan
Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan – doa pakaian ummah
Episod sembilan – tuntut ilmu
Episod kesepuluh – hidup harmoni masyarakat


Pengarang :