Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) dan EXCO pembangunan kampung baru Ng Sze Han (tiga kanan) di Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil pada 7 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan peruntuk RM5 juta untuk pembangunan 77 kampung baru di Selangor

SUBANG JAYA, 7 APRIL: Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM5 juta untuk dana pembangunan 77 kampung baru di Selangor.

Menteri pembangunan kerajaan tempatan berkata pelbagai produk dari gugusan perkampungan itu boleh dijadikan produk pelancongan.

“Jadi saya umum kita bagi RM5 juta kepada Kerajaan Selangor sebagai dana pembangunan untuk 77 kampung baru. Kita lihat banyak produk (dari kampung baru) yang boleh dipromosi.

“Sebab itu dalam Belanjawan 2023 telah peruntuk RM104 juta untuk dana pelbagai program pembangunan kampung baru termasuk pengindahan dan mempromosikan pelancongan,” kata Nga Kor Ming.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil, hari ini Kor Ming berkata kepelbagaian budaya dan kaum adalah keistimewaan dan kekuatan negara.

“Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan perpaduan dalam kepelbagaian adalah pendekatan yang sangat betul (untuk dipraktikkan). Salah satunya ditonjolkan dari kampung baru,” katanya.


Pengarang :