Logo Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
PBTSELANGOR

MPKL anjur pertandingan video pesanan keselamatan, tawar hadiah RM7,650

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 20 APRIL: Penduduk Kuala Langat dipelawa menyertai pertandingan Video Pesanan Keselamatan Awam Di Musim Perayaan bermula 17 April hingga 15 Mei ini.

Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM7,650 untuk dua kategori iaitu berkumpulan dan individu.

Peserta hendaklah berusia 18 tahun ke atas dan video yang dihasilkan perlu berdurasi minimum satu minit dan maksimum tiga minit.

Video yang telah dihasilkan perlu dipautkan ke Facebook rasmi MPKL dan gambar penyertaan hendaklah dikongsi dengan tanda pagar #MPKLsmartraya #MPKLmampan #rayaselamat.

Tiada yuran penyertaan dikenakan dan borang penyertaan boleh dimuat turun melalui pautan: https://bit.ly/smartraya2023

Pemenang pertama kategori berkumpulan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2, 000, kedua (RM1,500), ketiga (RM1,000) dan tiga hadiah saguhati (RM500)

Bagi kategori individu, tempat pertama akan memenangi RM500, kedua (RM400), ketiga (RM300) dan tiga hadiah saguhati (RM150).

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan urus setia Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL di talian 012-3004891.


Pengarang :