Pelumba basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang ketika beraksi dalam peringkat pusingan kelayakan acara pecut di Veledrom Izu pada 4 Ogos 2021. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Azizulhasni, Nurul Izzah raih emas pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih emas dalam acara pecut lelaki pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hari ini.

Pada perlumbaan berlangsung di Velodrom Hong Kong itu, penguasaan The Pocket Rocketman ternyata sukar digugat selepas dengan mudah menewaskan pelumba China Kang Shing Feng, yang terpaksa berpuas hati meraih kedudukan kedua.

Seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam pada itu berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan pelumba Korea Selatan Kang Seojun, dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengiringi kejayaan kedua-dua pelumba negara tersebut, dengan turut mengungguli emas bagi acara pecut bagi kategori wanita.

Pelumba berusia 20 tahun itu, lebih mendominasi saingan dan berjaya menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Jihae. – BERNAMA


Pengarang :