AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan lambak, sepak bulu ayam antara aktiviti menarik cuti sekolah di taman botani Shah Alam

SHAH ALAM, 13 FEB: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) menganjurkan pelbagai aktiviti menarik, jualan serta program pendidikan sepanjang musim cuti persekolahan.

Pengurusan TBNSA memaklumkan taman itu beroperasi setiap hari mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

“Pelbagai aktiviti menarik, hadiah misteri dan snek menanti anda sepanjang program cuti sekolah.

“Popcorn dan aiskrim goyang diberikan secara percuma pada hujung minggu kepada pengunjung terawal,” katanya menerusi Facebook.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah pendidikan entomologi, boling kelapa, sepak bulu ayam, jualan lambak, memancing dan banyak lagi

Menurut TBNSA tiket masuk adalah RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas, serta RM3 bagi remaja dan dewasa.

Taman yang terletak di Seksyen U11 di sini turut menyediakan perkhidmatan trem secara percuma kepada pengunjung.

Maklumat lanjut mengenai jadual aktiviti cuti sekolah di TBNSA boleh disemak menerusi laman sosial rasmi taman botani itu atau di pautan www.tbnsa.gov.my

TBSA atau dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah dibangunkan pada April 1986 di atas tanah seluas 817 hektar.


Pengarang :