Seorang murid sekolah menutup kepala dengan buku susulan cuaca panas ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Serada Kuala Terengganu, Terengganu pada 3 Mei 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat kawasan di Semenanjung rekod cuaca panas tahap satu

SHAH ALAM, 16 MEI: Empat kawasan di Semenanjung merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Agensi itu dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan lokasi itu ialah di Kuala Krai, Pasir Mas, Rompin dan Muar.

“Sementara itu tiada kawasan di Sabah dan Sarawak berada pada tahap satu atau berjaga-jaga,” kata kenyataan itu.

Empat kawasan di Semenanjung merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada 16 Mei 2023. Foto Facebook MetMalaysia

Terdapat empat kriteria cuaca panas dikeluarkan MetMalaysia iaitu suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius, tahap satu (berjaga-jaga) suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Selain itu, tahap dua (gelombang haba) suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Tahap tiga (gelombang haba ekstrem) iaitu suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.


Pengarang :