Peserta bergambar bersama bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah selepas program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 24 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Martabat syiar Islam, festival telaah kitab disaran jadi acara tahunan

GOMBAK, 24 MEI: Festival Turath Islami Selangor yang julung kali diadakan Kerajaaan Negeri dilihat mencapai matlamat penganjurannya, kata penolong mufti Jabatan Mufti Selangor.

Abdul Wahid Ishak berkata beliau sendiri berpuas hati dengan semua acara sepanjang festival dari 20 Mei hingga esok malah berharap program dijadikan acara tahunan.

Penolong Mufti Kanan Jabatan Mufti Selangor, Abdul Wahid Ishak. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Program ini membuktikan kita mempunyai ramai golongan ulama tetapi tidak nampak. Banyak ilmu boleh dikongsikan.

“Seperti acara Munaqasyah Ilmiah hari ini. Kita lihat sesi dialog berjalan lancar. Interaksi dua hal berlaku dengan baik.

“Apa dikehendaki peserta dijawab dengan baik oleh syeikh (bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah). Jelas dan mudah faham,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu pengasas pesantren Tahfiz Darul Quran Indonesia Ahmad Jamil menganggap festival berkenaan sangat luar biasa berikutan mampu menghimpunkan ramai ulama.

“Program ini wajar diadakan setiap tahun supaya kita dapat menyedarkan seluruh umat Islam agar berpegang kepada al-Quran.

Pengasas Pesantren Tahfiz Darul Quran. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Selain itu, agensi agama atau tokoh Islam itu sendiri dapat berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memartabatkan syiar Islam,” katanya.

Terdahulu, tokoh ulama dunia Dr Ali Jum’ah menyampaikan syarahan bertajuk  ‘Cabaran terhadap tradisi turath dalam abad ke-21’ pada program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini, hari ini.

Festival yang mendapat kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) turut mengangkat perbincangan dan penghayatan mengenai kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 24 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :