Penyampaian inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

2,000 lagi pekerja p-panggilan bakal terima bantuan RM550 bulan depan

SHAH ALAM, 20 JUN: Hampir 2,000 lagi pekerja p-panggilan bakal menerima bantuan RM550 menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) pada Julai, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata pemberian berkenaan susulan pengumuman Dato’ Menteri Besar berhubung peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu lebih ramai pekerja ekonomi sampingan.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media selepas sesi walkabout Selangor Mega Job Fair 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Tahun ini hampir 6,000 pekerja p-panggilan membuat permohonan insentif RiDE namun kita hanya mampu bantu separuh daripada jumlah pemohon.

“Bagaimana kita terima peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta dan ini membolehkan lebih ramai pemohon mendapat manfaat,” katanya kepada Selangorkini.

Sebelum ini, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan peruntukan tambahan bagi melayakkan lebih ramai pekerja p-panggilan mendapat manfaat RiDE.

Pekerja p-panggilan menerima inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) secara tunai sempena Festival Belia Selangor 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

Tahun ini Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi membantu lebih 3,000 pekerja p-panggilan dengan setiap daripada mereka menerima wang tunai RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.

RiDE diwujudkan pada 2020 selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja sektor berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.


Pengarang :