Penyampaian inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

3,000 pekerja p-panggilan terima bantuan RM500, caruman KWSP RM50

SHAH ALAM, 10 JUN: Seramai 3,000 pekerja p-panggilan negeri ini menerima bantuan berjumlah RM2 juta dibawah Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan tersebut membabitkan wang tunai RM500 dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50 setiap seorang.

“Inisiatif ini merupakan satu bantuan Kerajaan Negeri yang diperkenalkan dalam inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada 2020.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta bagi 2023 dan lebih 3,000 permohonan telah diluluskan yang merangkumi pekerja pelbagai syarikat p-panggilan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Gimik perasmian ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan RiDE sempena Festival Belia Selangor di Dataran Karnival Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Turut hadir EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Mohamad Nizam Marjugi.

Menurut Amirudin pada tahun ini Kerajaan Negeri menerima sebanyak 5,358 permohonan namun hanya 3,000 pekerja p-panggilan terpilih menerima inisiatif tersebut.

Jelasnya, Kerajaan Negeri bagaimanapun berbesar hati untuk melaksana peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi membantu baki kira-kira 2,000 lagi pekerja p-panggilan terbabit.

“Kita mahu semua orang dapat, barulah kita boleh panggil ‘blood brothers’ (sahabat sejati). Insya-Allah mereka yang tidak dapat hari ini akan terima bantuan tersebut sebelum September hadapan,” katanya.

Pada 24 Disember tahun lalu, Amirudin mengumumkan seramai 3,000 pekerja p-panggilan bawah RiDE menerima bantuan tunai dan caruman KWSP bernilai RM50.

Beliau berkata program yang dilaksanakan sejak 2020 turut memberi pelbagai manfaat lain seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim Insurans Am Selangor (INSAN)


Pengarang :