Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga 7 malam, 1 Oktober 2022.
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di lima daerah di Selangor, Putrajaya hingga 1 tengah hari

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 4 JUN: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima daerah di Selangor sehingga 1 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain seluruh Pulau Pinang, Putrajaya dan Melaka.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :