Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir (empat,kiri) bergambar bersama kakitangan selepas menerima Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik menerusi sistem aduan pembuangan sampah dalam talian, i-Clean sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 22 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Aplikasi urus sisa pepejal i-Clean KDEBWM dianugerah perkhidmatan terbaik

SUBANG JAYA, 23 JUN: Aplikasi aduan pembuangan sampah, i-Clean Selangor yang dibangunkan KDEB Waste Management (KDEBWM) memenangi anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, malam tadi.

Anugerah untuk mengiktiraf sumbangan sektor swasta anjuran Syarikat Media Reach Publishing disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Institute of IT (APIIT) Datuk Parmjit Singh kepada Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Ditemui pemberita, Ramli berkata aplikasi i-Clean yang diwujudkan sejak 2016 memudahkan orang ramai menghantar aduan sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal dan sampah di negeri ini.

Jelas beliau, KDEBWM berusaha menyelesaikan setiap aduan yang diterima aplikasi pintar tersebut dalam tempoh 24 jam.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir bergambar bersama Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik menerusi sistem aduan pembuangan sampah dalam talian, i-Clean sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 22 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kami tidak menyangka KDEBWM diiktiraf serta dapat membawa kejayaan yang tidak pernah diimpikan oleh seluruh warga kerja. Kami hanya menjalankan tanggungjawab serta mahu berikan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Kami berasa bersyukur dengan anugerah ini. Selaku syarikat yang mengurus sampah serta sisa pepejal kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, barisan EXCO, ahli dewan negeri dan seluruh rakyat Selangor yang memberi kepercayaan kepada KDEBWM menguruskan sampah serta sisa pepejal.

Menerusi majlis sama, turut menerima Anugerah Khas ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad Datuk Imri Mokhtar manakala Anugerah Pemaju Rumah Pintar dan Perbandaran Terbaik dimenangi Sime Darby Property.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir menerima Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik menerusi sistem aduan pembuangan sampah dalam talian, i-Clean sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 22 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :