Petugas KDEBWM membersihkan longgokan sampah pascabanjir sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam pada 31 Disember 2021. Foto Facebook KDEBWM
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Aplikasi iClean permudah urusan aduan isu sampah tidak dikutip

SHAH ALAM, 19 OGOS: Orang awam diminta membuat aduan di aplikasi iClean Selangor sekiranya berdepan masalah kutipan sampah termasuk pembuangan sampah pukal.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu akan membolehkan KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil tindakan segera.

“iClean adalah aplikasi untuk aduan sampah tidak dikutip supaya KDEBWM boleh mengatasi masalah itu dengan segera.

“Oleh itu, muat turun iClean menerusi Google Play atau App Store,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

KDEBWM yang juga anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperkenalkan aplikasi itu pada Julai 2016.

Setakat Jun, platform digital urusan aduan sampah itu mencatatkan 96,000 pengguna dan menyasarkan 120,000 pengguna menjelang akhir tahun ini.


Pengarang :