Orang ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan asas sempena Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuang di medan selera Tasik Biru Kundang pada 18 Jun 2023.Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Kuang anjur 35 program jualan murah, manfaat lebih 5,000 keluarga

Oleh Diana Abd Wahab

GOMBAK, 18 JUN:  Lebih 5,000 keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang menerima manfaat menerusi 35 program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri.

Penyelarasnya Salasiah Disa berkata pihaknya akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) untuk menganjurkan lagi Jualan Ehsan Rahmah (JER) terutama sempena Aidiladha pada hujung bulan ini.

Penyelaras DUN Kuang Salasiah Disa. Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI

“Kita sudah mohon slot daripada PKPS untuk bekerjasama anjur jualan murah beberapa hari sebelum Aidiladha, namun masih menunggu jawapan.

“Kita harap dapat adakan program jualan murah kerana mahu meringankan beban orang ramai buat persiapan raya,” katanya ketika ditemui sempena JER DUN Kuang di medan selera Tasik Biru Kundang di sini.

Terdahulu, lebih 400 pengunjung hadir memberli barangan murah seperti ayam, daging dan beras di program tersebut.

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).


Pengarang :