Pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjayakan pementasan forum Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor. Foto Facebook Dr Siti Mariah pada 6 Jun 2023.
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

IPT dialu anjur teater semarak perpaduan, wadah sebar mesej penting

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 6 JUN: Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha institusi pengajian tinggi (IPT) yang menganjurkan pementasan teater terutamanya bertemakan perpaduan masyarakat.

EXCO Perpaduan Dr Siti Mariah Mahmud berkata pendekatan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjayakan pementasan forum Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor memberi nafas baharu untuk memupuk semangat perpaduan.

“Berpandukan mesej dan nilai murni dalam konteks perpaduan, Fakulti Sains Kemanusiaan dari UPSI telah menjayakan pementasan forum Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor yang diadakan pada minggu yang lalu.

“Pementasan Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor yang telah diadakan beberapa siri ini dilihat sebagai satu nafas baharu yang memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat menerusi pementasan teater,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Penganjuran forum teater itu diadakan di beberapa tempat dalam negeri bagi menyokong program Perpaduan Rakyat Negeri Selangor 2023.

Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM1 juta bagi mengukuhkan mesej perpaduan menerusi program Duta Perpaduan Selangor dan Geran Perpaduan ‘Kita Selangor’.

Bagi menyemarak aktiviti seni dan kebudayaan pula, Selangor memperuntuk sejumlah RM1.5 juta untuk penganjuran pelbagai program yang menampilkan artis budaya dan selebriti anak Selangor.

Pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjayakan pementasan forum Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor. Foto Facebook Dr Siti Mariah pada 6 Jun 2023.

Pengarang :