Penduduk sekitar DUN Kajang mendapatkan barangan keperluan pada program Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Surau Al-Hidayah Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, pada 18 Jun 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah negeri laris, 500 ekor ayam habis kurang dua jam

Oleh Nas Norziela Nasbah

KAJANG, 18 JUN: Program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri terus mendapat sambutan apabila 500 ekor ayam terjual kurang dua jam di sini, hari ini.

Pegawai Iltizam Selangor Penyayang (ISP) DUN Kajang Nor Azilla Aziz berkata orang ramai beratur seawal 7.30 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli ayam yang dijual RM10 seekor.

“Siri terakhir JER (Jualan Ehsan Rahmah) DUN Kajang mendapat sambutan sama seperti di kawasan lain. Program ini antara pelbagai inisiatif perntadbiran negeri yang mengutamakan agenda kebajikan rakyat.

“Untuk hari ini, 500 ekor ayam terjual dalam tempoh kurang dua jam apatah lagi ia dianjur pada hari minggu.

“Cuma kita terpaksa mengehadkan pembelian beberapa bahan mentah seperti ayam dan telur daripada kuantiti dua kepada satu untuk nombor 100 ke atas bertujuan untuk memberi peluang pengunjung lain untuk membelinya,” katanya ketika ditemui.

Pegawai Iltizam Selangor Penyayang (ISP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Nor Azilla Aziz melayan pengunjung di Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN itu di Surau Al-Hidayah, Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras.  Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI

JER kendalian PKPS menjual seekor ayam standard RM10, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program berkenaan memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai.

Beliau berkata program tersebut juga mencatat nilai jualan sekitar RM37 juta sejak pelaksanaannya.

Penduduk sekitar DUN Kajang mendapatkan barangan keperluan pada program Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Surau Al-Hidayah Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, pada 18 Jun 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI

Pengarang :