PBTSELANGOR

MPAJ kutip RM39.1 juta cukai taksiran setakat 30 April

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 JUN: Sejumlah RM39.1 juta cukai taksiran dikutip Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) antara Januari hingga 30 April, maklum yang dipertuanya.

Dr Ani Ahmad berkata kutipan itu meningkat RM0.18 juta atau 0.46 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan anggaran RM87.5 juta perlu dikutip tahun ini.

“MPAJ turut mengutip tunggakan cukai taksiran sebanyak RM6.9 juta bagi tempoh sama tahun ini. Kutipan itu menurun sebanyak RM5.95 juta atau 46.09 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Bercakap dalam mesyuarat penuh bulanan di Menara MPAJ kelmarin, beliau berkata anggaran kutipan cukai tersebut ditetapkan dalam belajawan tahunan pihak berkuasa tempatan itu.

Jelasnya, sasaran kutipan tunggakan cukai pula sebanyak RM17 juta, dengan 129,009 jumlah bil yang dikeluarkan bagi penggal pertama.

 


Pengarang :