EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian (kiri) dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmuddin Jemain (dua, kiri) diberi penerangan oleh Pegawai Perancang Bandar Dan Desa MPKj Nursilawati Abd Rahim (kanan) ketika melawat ke kawasan Bukit Enggang, Bandar Sungai Long, Kajang pada 2 Jun 2023. Foto AFFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tiada aktiviti ceroboh tanah, hutan negeri di Bukit Enggang

HULU LANGAT, 2 JUN: Tiada aktiviti pencerobohan tanah dan hutan di kawasan Bukit Enggang, Bandar Sungai Long setakat ini, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian menjelaskan pembangunan jalan dan pembinaan resort oleh pemaju di kawasan berkenaan ketika ini dilakukan di atas tanah persendirian.

“Pendaki dan penduduk membuat aduan kerja-kerja tanah dan pembangunan menganggu aktiviti mereka di kawasan bukit ini. Kawasan ini adalah tanah persendirian sejak 1980-an milik Shah Alam Property (Kumpulan Hartanah Shah Alam).

“Permohanan pembangunan telah dibuat pemaju kepada pejabat tanah dan majlis untuk kelulusan. Dijangka ambil masa dua hingga tiga minggu,” katanya ketika melawat kawasan terbabit di sini hari ini.

Jalan yang dibina pemaju di Bukit Enggang, Bandar Sungai Long, Kajang ketika lawatan EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian pada 2 Jun 2023. Foto AFFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Tambah beliau, pembangunan resort dan jalan tersebut bertujuan meningkatkan ekopelancongan selain mengurangkan risiko banjir berlaku di kawasan itu.

“Pemaju membina resort hanya sementara waktu (jangkaan 10 tahun) untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan ini yang dikelilingi hutan dan tasik.

“Sekiranya pembangunan jalan tidak dibuat akan mendatangkan bahaya apabila hujan akan menyebabkan tanah pecah kerana adanya tasik di sini dan banjir boleh berlaku,” katanya.

Loy Sian turut memberi jaminan segala pembangunan di kawasan terbabit tidak akan menganggu aktiviti pendakian dan pihaknya akan memantau tahap keselamatan pengunjung di situ.

“Saya mohon pengunjung jaga kebersihan dan merosakkan kawasan tanah,” katanya.


Pengarang :