Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (tiga, kanan) bersama sebahagian penerima sumbangan baja di Dewan Serbaguna SS 21/9 Damansara Utama, Petaling Jaya pada 5 Jun 2023. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

Wakil rakyat sumbang 100 beg baja, galak penduduk bercucuk tanam

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 9 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mengedarkan 100 beg baja kepada penduduk yang mengusahakan tanaman di laman sendiri atau kebun komuniti.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata pengagihan baja berkenaan sebagai galakan kepada penduduk untuk bercucuk tanam selain memupuk semangat kejiranan yang lebih erat.

“Kami mengedarkan 100 beg baja yang kaya dengan nutrien kepada persatuan penduduk di DUN ini dengan hasrat memupuk kejiranan yang mampan dan berkembang maju.

“Bersama-sama, kita menggalakkan kebun komuniti yang meriah serta membina semangat komuniti yang lebih kuat,” katanya di Facebook pada 5 Jun.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (kiri) bersama sebahagian penerima sumbangan baja di Dewan Serbaguna SS 21/9 Damansara Utama, Petaling Jaya pada 5 Jun 2023. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin

Tambahnya, pemberian baja itu juga dapat mempromosikan amalan kelestarian alam untuk kebaikan generasi akan datang sejajar dengan matlamat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi bandar rendah karbon.

Sebelum ini, MBPJ memaklumkan sebanyak 25 peratus kawasan hijau dengan keluasan 97.2 km persegi berjaya diwujudkan.


Pengarang :