Petugas PKPS dibantu urusetia dari Parlimen Selayang menytusul barangan pada Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Taman Pelangi, Gombak pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNAGENDANASIONALSELANGOR

16,000 keluarga di DUN Rawang nikmati manfaat JER sejak awal tahun

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 10 JULAI: Seramai 16,000 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerima manfaat hasil penganjuran 38 Jualan Ehsan Rahmah (JER) sejak Januari hingga kini.

Penyandang kerusi DUN Rawang merancang menganjurkan jualan murah sekurang-kurang enam kali sebulan selepas ini bagi memenuhi permintaan penduduk di kawasan itu.

Penyandang Kerusi DUN Rawang Chua Wei Kiat ketika ditemui pada Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Taman Pelangi, Gombak pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Saya juga berharap Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dapat menambah bekalan ayam dan telur di kawasan penduduk padat memandangakan kedua-dua barangan itu paling mendapat sambutan.

“Saya juga mencadangkan PKPS membuka sebuah kedai Ehsan di Rawang agar penduduk kurang berkemampuan di sini dapat jimat ssetiap kali berbelanja,” kata Chua Wei Kiat.

Terdahulu beliau meninjau JER peringkat Parlimen Selayang di Taman Pelangi, di sini yang dihadiri lebih 400 penduduk.

Sementara itu, Penolong Pengurus Kanan Perladangan PKPS Syaiful Asraf Lokman berkata orang ramai mula beratur untuk membeli barangan yang ditawarkan sejak 9 pagi.

Penolong Pengurus Kanan Perladangan PKPS Syaiful Asraf Lokman ketika ditemui pada Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Taman Pelangi. Gombak pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Seperti biasa ayam, telur dan beras menjadi barangan tumpuan pengunjung dan habis dalam tempoh tidak sampai dua jam,” ujarnya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Mulai 15 Julai, perbadanan berkenaan bakal menjual minyak masak paket satu kg pada harga serendah RM2 sebungkus bagi memenuhi permintaan pengunjung.

Pengurus Kanan Pemasarannya Mohd Fazir Abdul Latif berkata buat permulaan minyak paket itu dijual secara berperingkat di tiga lokasi JER terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Orang ramai membawa pulang barangan yang dibeli pada Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Taman Pelangi, Gombak pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut yang sebelum ini dikenali Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga 1 September ini susulan sambutan menggalakkan orang ramai.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :