EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) ditemani Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Gan Pei Nei menyampaikan sijil kepada graduan Anak Istimewa Selangor (ANIS) sempena majlis perasmian sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran YAWAS di Prasekolah ANIS Seksyen 7, Shah Alam pada 27 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Pusat prasekolah anak istimewa negeri anjur majlis graduasi Ahad ini

SHAH ALAM, 21 JULAI: Majlis Graduasi Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat ANIS) kali kedua tahun ini bakal diadakan pada Ahad.

Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata majlis berlangsung di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, melibatkan 28 pelajar bawah enam tahun.

“Majlis ini dirasmikan EXCO Pemerdayaan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud. Sejak ditubuhkan pada 2021, seramai 140 mendaftar dengan pusat ini. Majlis ini akan mengiktiraf kejayaan dan pencapai luar biasa pelajar.

“Majlis ini menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk memberikan pendidikan berkualiti dan berkemanusiaan termasuk menjaga kebajikan anak istimewa,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut Danial, majlis berkenaan juga menunjukkan kejayaan Pusat Anis dalam membina perkembangan dan keyakinan diri anak istimewa.

“Justeru Pusat Anis akan terus ke depan dan memberi pendidikan terbaik kepada anak istimewa,” katanya.


Pengarang :