PBTSELANGOR

Sertai Jom Teroka Selayang, peluang bawa pulang wang tunai RM7,300

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencari harta karun ‘Jom Teroka Selayang’ anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 27 Ogos.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS pertandingan yang bermula 6.30 pagi hingga 5.30 petang terbuka kepada 50 pasukan dengan yuran penyertaan setiap pasukan sebanyak RM150.

“Pertandingan ini terbuka kepada 50 pasukan terawal dengan setiap pasukan terdiri daripada empat peserta dan diwajibkan sekurang-kurangnya seorang peserta wanita,” kata Ahmad Fauzi Ishak ketika dihubungi.

Sebelum ini, pertandingan sama pernah dianjurkan pada 2018 dan diteruskan pada tahun ini selepas pandemik berakhir bertujuan memperkenalkan keunikan selain mempromosi lokasi pelancongan menarik bawah MPS.

“Antara kawasan yang akan diteroka peserta termasuk Gombak, Batu Caves, Batu Arang, Rawang, Kuang dan Bandar Baru Selayang. Kawasan ini dipilih berdasarkan keunikan lokasi supaya ia dapat dihayati setiap peserta,” katanya,

Ahmad Fauzi berkata MPS menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM7,300 dengan johan pertandingan bakal membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala naib johan (RM1,500) sementara tempat ketiga (RM1,000).

Manakala tempat keempat akan menerima wang tunai RM800, tempat kelima (RM500) dan tempat keenam hinga ke-10 masing-masing menerima RM300.

Orang ramai yang berminat boleh memuat turun borang permohonan cdn2.me-qr.com/pdf/16194674.pdf atau mengimbas kod QR (di poster) sebelum 11 Ogos.


Pengarang :