Atlet lontar peluru para kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli beraksi dalam acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) pada temasya Sukan Para ASEAN ke-11 di Stadium Manahan, Solo pada 1 Ogos 2-022. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah tempat ke paralimpik Paris 2024

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, semalam.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Muhammad Ziyad, atlet para pertama Malaysia layak secara merit ke temasya berprestij, yang diadakan setiap empat tahun sekali.

Pada kejohanan yang berlangsung di Charlety Stadium, atlet berusia 33 tahun itu melakukan lontaran 17.21 meter (m) namun tidak mampu menewaskan pencabar dari Ukraine, Maksym Koval yang membolot emas.

Koval melakukan lontaran sejauh 17.57m untuk mengungguli emas manakala tempat ketiga diperoleh rakan sepasukannya, Oleksandr Yarovyi dengan lontaran 16.99m.

Menurut penetapan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris tahun depan.

– BERNAMA


Pengarang :