AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat enam daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 29 OGOS: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, angin kencang dan hujan lebat sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Menurut agensi itu cuaca sama turut diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :