AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 17 OGOS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di daerah Hulu Langat, Selangor hingga 6 petang.

Agensi tersebut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa daerah di Pahang,  Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut Metmalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :