Keadaan banjir kilat di sekitar Seksyen 13 Shah Alam pada 16 Ogos 2023. Foto IPD Shah Alam
AGENDANASIONAL

Enam kawasan sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat

SHAH ALAM, 16 OGOS: Enam kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang ini.

Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kawasan terbabit ialah laluan jalan Persiaran Sukan Seksyen 13 Shah Alam dan sekitar laluan jalan yang berhampiran.

“Turut dinaiki air laluan bulatan stadium menghala bangunan Accapela, Jalan Surau Munawwarah, lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan MSU lama dan Pangsapuri Perdana.

“Kejadian berlaku antara jam 3.40 hingga 4.37 petang namun semuanya berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut laman web infobanjir JPS Selangor, paras air di stesen Batu Tiga bertanda amaran dengan bacaan paras air 5.66 meter berbanding paras normal  2.7 meter  setakat 5.45 petang tadi.

 


Pengarang :