AGENSISELANGOR

Galak niaga kecil-kecilan, HIJRAH tawar modal hingga RM5,000 

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 16 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) menawarkan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) sehingga RM5,000 bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Agensi tersebut memaklumkan pembiayaan modal terbuka kepada semua sektor perniagaan dan rakyat Selangor, malah kaum wanita yang mewakili isi rumah digalak memohon.

“Antara syarat untuk memohon skim ini adalah mesti berusia 18 sehingga 65 tahun, mengundi di Selangor. Jika kaum wanita yang lebih banyak memohon ia lebih baik,”katanya menerusi Facebook.

Bagi yang berminat ingin memohon secara atas talian layari http://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau hubungi 19 cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Selain NaDI, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, i-Bermusim, Zero to Hero, i-Agro, i-Lestari, dan Go Digital.


Pengarang :