Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 OGOS: Dua daerah di Selangor iaitu Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 3 petang.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di seluruh Melaka serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.Met


Pengarang :