Kerja menaik taraf Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat di Taman Tasik Cempaka, Bangi kini mencapai fasa akhir. Foto Facebook PPAS pada 20 Ogos 2023.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PPAS: Kerja naik taraf perpustakaan di Bangi hampir siap, beri keselesaan pengunjung

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 22 OGOS : Kerja menaik taraf bangunan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat, di Taman Tasik Cempaka, Bangi kini mencapai sebanyak 98 peratus,

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan ketika ini kerja menambah baik bahagian dalaman sedang dilaksananakan sebelum dibuka kepada orang ramai.

“Pelaksanaan kerja dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor. Nantikan perubahan terbaharu yang bakal memberikan 1,001 keterujaan kepada pengunjung.

“PPAS juga berharap kerja-kerja akhir berjalan lancar sebelum bangunan itu diserahkan kepada perbadanan dalam tempoh terdekat” katanya di Facebook.

Kerja menaik taraf Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat di Taman Tasik Cempaka, Bangi kini mencapai fasa akhir. Foto Facebook PPAS pada 20 Ogos 2023.

Pada 9 Jun lalu, Pengarah PPAS berkata, sebanyak 73 daripada 104 perpustakaan awam di negeri ini selesai dinaik taraf selain melalui proses penjenamaan semula.

Datin Paduka Mastura Muhamad berkata selain itu, sebanyak lapan lagi projek menaik taraf perpustakaan bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Kerja menaik taraf Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat di Taman Tasik Cempaka, Bangi kini mencapai fasa akhir. Foto Facebook PPAS pada 20 Ogos 2023.

Pengarang :