Jemaah haji menerima Insentif Haji Muassasah di kaunter yang dibuka pada 24 Julai 2023 di LG Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Foto Facebook Ahmad Azri
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

TINJAUAN: Tawaran Kita Selangor tingkat upaya rakyat

SHAH ALAM, 10 OGOS: Manifesto Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun sememangnya menepati kehendak dan keperluan semasa rakyat. Berbeza dengan janji pembangkang yang belum pasti dapat ditunaikan.

Malah, manifesto mereka hasil tiruan atau ubah suai program Kerajaan Negeri seolah-olah membayangkan sudah bersetuju dengan landasan ekonomi Pakatan Harapan (HARAPAN) – Barisan Nasional (BN).

Berikut pandangan orang ramai mengenai beberapa inisiatif disediakan Kerajaan Negeri:

ISLAM

Kita rasa tawaran yang diberikan sangat baik kepada pentadbir masjid kerana mereka adalah tunjang pengimarahan masjid di Selangor. Kenaikan elaun ini akan memberi semangat agar mereka dapat bertugas dengan lebih baik daripada sebelumnya. Ia imbuhan yang sesuai kepada mereka.
Mohd Hidayah Dol Hamid, 34, imam

Mohd Hidayah Dol Hamid

Kenaikan elaun ini sebagai motivasi kepada pentadbir masjid untuk bertugas dengan lebih baik lagi. Mereka berasa dihargai oleh kerajaan. Ini membuktikan kerajaan mendengar keluhan sekali gus menghargai pentadbiran masjid menjadikan masjid sebagai penyatuan.
Mohamad Amiruddin Sarmany, 50, nazir

Perkara baik (subsidi tambang haji) ditawarkan Pakatan Harapan sekiranya mereka menang ini sangat menarik untuk orang Islam. Tidak kira RM1,000 atau RM2,000, jumlah itu banyak. Idea baik macam ini hanya datang daripada pemimpin prihatin dekat rakyat sahaja. Negeri lain payah nak dapat, Selangor sahaja yang ada. Mungkin sekarang dia (Kerajaan Negeri) bagi RM2,000, akan datang mungkin dapat lagi banyak.
Adibah Baharudin, 68, suri rumah

Kita menyambut baik tentang berita cadangan (kenaikan elaun) tersebut dan kita berharap ia direalisasikan kalau menang nanti. Saya percaya kenaikan tersebut, pegawai masjid mesti akan lebih menghargai dengan keprihatinan (Kerajaan Negeri) dan kerja dengan lebih komited.
Ahmad Pauzi Mhd Noor, 64, nazir

Tawaran itu memang menampakkan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat dan sebagai orang Selangor, saya rasa cukup bertuah dengan semua manfaat diberikan. Paling menarik minat saya adalah pemberian subsidi tambang haji RM2,000 kepada 3,000 jemaah haji. Insya-Allah jika dapat peluang mengerjakan haji, subsidi ini memang rezeki yang tidak disangka-sangka.
Norzailah Ismail, 50, perunding

ANAK MUDA & SUKAN

Memandangkan negara mempunyai lambakan graduan, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi wajar dilaksanakan mengambil kira kos sara hidup, keperluan pasaran dan sosial negara sesuaian dengan tahap pendidikan dan kemahiran. 100,000 peluang pekerjaan menunjukkan jumlah yang besar, saya yakin graduan akan memanfaatkan peluang dan ruang yang diberikan selain merapatkan jurang pengangguran graduan semasa.
Adibah Azman, 24, pelajar

Choong Yuen Loy

Saya merupakan pelajar yang mendapat bantuan pinjaman daripada Yayasan Selangor yang akhirnya menjadi tajaan atas keputusan cemerlang. Saya masih bekerja sambilan dan mencari peluang sesuai dengan kelulusan saya sebagai pemegang ijazah sarjana muda psikologi. Jadi peluang yang bakal diberikan membuka ruang lebih besar kepada anak muda.
Fawwaz Ameer Anuar, 24, graduan

Sebagai peminat bola sepak, menjadi impian untuk melihat pasukan Selangor FC menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia. Dengan usaha dan perhatian diberikan Kerajaan Selangor nanti, kami sebagai peminat akan sentiasa menyokong Selangor FC sehingga berjaya.
Mohd Fazli Shaif, 45, juruteknik

Dulu mereka bagi bantuan untuk penghantar p-panggilan, sekarang pemandu e-panggilan pula. Memang (Kerajaan) Selangor jaga sungguh rakyatnya. Mereka tahu rakyat ini hidup susah sampai kena buat dua tiga kerja sampingan untuk tampung hidup. Kalau boleh negeri lain pun ambil contoh.
Khairul Yusof, 45, peniaga

PENDIDIKAN

Ramai pelajar tercicir dan tidak berminat ke sekolah kerana tidak faham apa yang diajar. Dengan tuisyen percuma mereka dapat belajar dan kuasai subjek lemah kerana dapat perhatian guru. Jadi kita dapat elak pelajar berhenti sekolah (drop out) daripada terlibat dalam gejala sosial yang akhirnya akan memudaratkan masyarakat.
Choong Yuen Loy, 72, pesara

Usaha sediakan tuisyen percuma untuk 200,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dilihat bantu melonjakkan prestasi kecemerlangan golongan sasar khususnya dari B40. Dengan adanya program ini pelajar miskin kini dapat fahami subjek yang dipelajari dan ia diyakini mampu rapatkan jurang akademik pelajar miskin dengan kaya.
Dr Sathia Rooban Seenavasnam, 34, petugas kesihatan

Nurulfarashah Jamil

WANITA & KEBAJIKAN

Insentif (RM1,000) ini seharusnya memberi banyak kelegaan kepada golongan ibu bekerjaya yang menjadi tonggak utama dalam kesejahteraan keluarga masa ini. Kos sara hidup semakin meningkat sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga terutama kos penjagaan anak.
Noraihan Zainuddin, 40, pengurus syarikat

Kos perbelanjaan anak antara yang perlu diambil kira ibu dan bapa apabila mereka bekerja. Dengan adanya insentif wanita bekerjaya ini sekurang-kurangnya ia mengurangkan rasa ‘resah’ memikirkan perbelanjaan penjagaan anak.
Nurulfarashah Jamil, 35, pekerja swasta

Alhamdulillah, Dato’ Menteri Besar nampak keadaan ini dengan beri RM1,000 untuk pesawah. Dapatlah ringan beban petani yang kebanyakan tidak mampu. Dapatlah beli racun, baja dapatlah tampung sikit belanja. Kalau dulu hasil agak bagus sikit tetapi sekarang menurun, adalah RM200, RM300 lebih sebulan.
Saidin Hussin, 60, pesawah

EKONOMI

Tawaran yang bagus untuk memudahkan penduduk bergerak memandangkan Selangor tidak banyak pengangkutan awam seperti monorail. Usaha ini juga dapat bantu kurangkan kesesakan lalu lintas.
Nurul Huda Azman, 28, pekerja swasta


Pengarang :