Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Menurut Ir Abas Abdullah bergambar bersama anak yatim dan ahli Akademi Selangor Fc Soccer School ketika Jelajah Hydro Family on Wheels sempena Ulang tahun ke empat Air Selangor di AEON Mall Bukit Raja, Klang pada 17 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Air Selangor jelajah tujuh lokasi, kopi percuma, pelbagai aktiviti menanti pengunjung

KLANG, 17 SEPT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melancarkan Jelajah Hydro Family on Wheels sempena Ulang tahun keempat agensi itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata program berkonsep santai itu dijadual menjelajah ke tujuh lokasi sejak 1 September hingga 1 Oktober setiap hujung minggu.

Menurut Ir Abas Abdullah pengunjung diberi peluang untuk berkongsi pendapat, bertanya soalan atau mengutarakan isu berkaitan air di kaunter informasi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Menurut Ir Abas Abdullah ketika Jelajah Hydro Family on Wheels sempena Ulang tahun keempat Air Selangor di AEON Mall Bukit Raja, Klang pada 17 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Melalui jelajah ini, Air Selangor berperanan memberi kesedaran dan mendidik pengguna berhubung kepentingan pemuliharaan sumber.

“Jelajah ini juga membuka peluang kepada pengunjung untuk memahami peranan dan tanggungjawab Air Selangor sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat jelajah berkenaan di Aeon Mall Bukit Raja di sini hari ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama watak siri animasi populor BoBoiBoy ketika Jelajah Hydro Family on Wheels sempena Ulang tahun keempat Air Selangor di AEON Mall Bukit Raja, Klang pada 17 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Jelajah itu juga menawarkan aktiviti menyeronokkan seperti mini boling dan swafoto bersama Hydro Family dan maskot BoBoiBoy serta pemberian kopi percuma.

Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif menarik ulang tahun bertemakan siri animasi popular BoBoiBoy seperti rantai kunci, payung, buku nota dan buku aktiviti BoBoiBoy.

Pemain Selangor FC Yazan Al Arab beramah mesra bersama ahli Akademi Selangor Fc Soccer School ketika Jelajah Hydro On Wheels sempena Ulang tahun keempat Air Selangor di AEON Mall Bukit Raja Klang pada 17 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Sertai siri jelajah Hydro Family on Wheels yang seterusnya di lokasi berikut:

  • Aeon Mall AU2 (23 September)
  • PJ Half Marathon, Dataran MBPJ (24 September)
  • IOI Puchong Mall (28 September)
  • KIP Mart Kota Warisan, Sepang (29 September)
  • Aeon Mall Shah Alam (30 September – 1 Oktober)

Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah Hydro Family on Wheels boleh layari www.airselangor.com/hydro-family-on-wheels/


Pengarang :