AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, ,Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Cuaca buruk itu juga diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Melaka, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :