Pengamal media bersama Tourism Selangor dan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) ketika lawatan Mesin pengutip sampah Interceptor di Sungai Klang, Klang pada 20 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tourism Selangor, LLSB anjur program pendidikan kebersihan sungai

KLANG, 20 SEPT: Tourism Selangor dengan bekerjasama Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) menganjurkan program pendidikan kebersihan sungai bagi memupuk kesedaran orang ramai berhubung penjagaan ekosistem itu.

Pengurus Pembangunan Industrinya Chua Yee Ling berkata program memfokus pelajar sekolah itu akan membawa mereka menyelusuri Sungai Klang untuk melihat sendiri operasi mesin pengutip sampah Interceptor dan perangkap sampah.

“Selain bermula di rumah, kempen kesedaran ini diberi penekanan di sekolah kerana pelajar-pelajar ada pengalaman dan melihat sendiri apa yang berlaku di sungai seperti longgokan sampah,” katanya.

Yee Ling berkata demikian selepas mengikuti lawatan menyelusuri Sungai Klang bersama media bagi melihat sendiri operasi Interceptor dan perangkap sampah, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Khidmat Korporat LLSB (Komunikasi) Suhailah Shamsudin berkata tiga pakej disediakan untuk program itu dengan tawaran harga RM600 untuk 10 individu.

“Pakej medium RM800 untuk 15 individu manakala bot besar yang dapat menampung 20 individu RM1,000.

“Program ini sebahagian daripada pendedahan dalam pentingnya menjaga kebersihan sungai yang menjadi tanggungjawab semua pihak,” katanya.


Pengarang :